Tuesday, October 9, 2012

Tahniah Kepada Us Murshid dan Dr Saffiyah

ZAGAZIG, 9 Okt 2012- Kelahiran cahaya mata merupakan detik bersejarah bagi  pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ia merupakan suatu anugerah dari Allah S.W.T. pada setiap hambanya.


Tanggal 9 Oktober 2012, satu sejarah telah tercipta lagi apabila pasangan Saudara Muhammad Murshid Bin Shafie serta Saudari Saffiyah Binti Aminuddin kerana dikurniakan seorang putera di Hospital Madinah Dauli, Kafr Zend, Hayyu Zuhr, Zagazig.

Putera sulung pasangan tersebut selamat dilahirkan secara semula jadi dengan timbangan berat 3.1 kg pada 3.20 pagi tadi.

Wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig yang turut bersama di hospital tersebut adalah Saudara Anas Zharif Bin Harun, Timbalan Pengerusi DPMZ

Pihak DPMZ mengucapkan tahniah kepada pasangan Saudara Muhammad Murshid dan Saudari Safiyyah dengan kelahiran seorang putera yang akan menyerikan lagi suasana keluarga beliau dan warga Zagazig amnya

No comments:

Post a Comment