Tuesday, December 28, 2010

Misi Penyerahan Sumbangan Derma Kilat bersama DPD-PPMI Zagazig

KAHERAH - 23 Disember 2010 : Saudara Anas Zharif Bin Harun, Timbalan Setiausaha merangkap Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) mengetuai misi menyerahkan sumbangan derma kilat kepada AF Sheikh Husni Ginting atau Ustaz Husni di atas Pembedahan Laser bagi memecahkan batu kecil berukuran 1 milimeter (1mm) di saluran hempedunya, Hospital Qasr El-‘Ein’ Jadid, Kaherah


Tuesday, December 21, 2010

HULURKAN TANGAN , RINGANKAN BEBAN

             
Seorang mahasiswa Al-Azhar  warga Indonesia di Zagazig iaitu Al-Fadhil Sheikh Husni Ginting atau dikenali sebagai Ustaz Husni telah menghadapi masalah kesihatan yang membimbangkan di bahagian hati. Kini beliau sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital ‘Qasr El-‘Ein’ Kaherah. Kos awal bagi rawatan tersebut adalah sebanyak LE 4000.