Wednesday, October 19, 2011

Perjuangan Tambah Dana Somalia Diteruskan


Bungkus..... para aktivis KSS DPMZ sedang menyiapkan hidangan yang ditempah.

ZAGAZIG, 21 Zulkaedah 1432/19 Oktober 2011 : AJK Kempen Sayang Somalia (KSS) masih lagi meneruskan perjuangan untuk membantu warga Somalia yang kebuluran dengan mengadakan aktiviti jualan amal Somalia yang telah memasuki hari keempat. Tinjauan mendapati AJK KSS masih lagi terus bersemangat dan berazam untuk mengutip dana sebanyak mungkin bagi membantu warga Somalia. Ketua Unit Ekonomi KSS DPMZ Saudara Bukhari Che Musa bertungkus-lumus bersama anak-anak buahnya untuk meningkatkan jumlah dana kutipan untuk Somalia.

Takziah kepada Saudara Khairul Muttaqin Bin Abdul Ghani sekeluarga



 Gambar hiasan
Assalamualaikum wbt. Innalillahi wainna ilaihi rajiunnn. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Firman Allah SWT:

Tuesday, October 18, 2011

Kronologi kekacauan di Somalia


Peperangan berlaku hampir setiap hari

Semenjak kejatuhan kerajaan pusat di Somalia dan meletusnya peperangan pada 1991, lebih daripada 300,000 orang awam terbunuh. Usaha-usaha untuk mengembalikan keamanan kerap kali gagal disebabkan negara itu mula menjadi medan perang bagi konflik puak dan suku kaum.

Suasana perang yang muncul itu sering kali diburukkan oleh intervensi negara-negara luar silih-berganti. Berikut adalah garisan masa sejarah Somalia sehinggalah ke hari ini.

Abad ke-7
Suku Arab mendiami kawasan Coast of Aden dan mendirikan Kesultanan Adal.

Abad ke-6
Kesultanan Adal berpecah kepada beberapa negeri kecil yang merdeka.

Sekitar 1875
Mesir menawan bandar-bandar di sepanjang pantai Somalia.

1987
Mesir mengundurkan diri dari Somalia. Britain mula memasuki Somalia dan menawan kawasan mereka sebagai British Somaliland.

1889
Itali menawan bahagian tengah Somalia dan merampas bahagian selatan.

1936
Itali menggabungkan wilayah Somaliland dengan Eretria dan Habsyah untuk membentuk Itali Afrika Timur.

1940
Itali menawan British Somaliland sebagai sebahagian Perang Dunia Kedua.

1941
Britain mendapat kembali wilayah British Somaliland daripada Itali.

November 1949
Somalia menjadi wilayah lindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di bawah pentadbiran Itali.

26 Jun 1960
British Somaliland mendapat kemerdekaan.

1 Julai 1960
Itali Somaliland mendapat kemerdekaan dan bergabung dengan British Somaliland untuk membentuk Republik Somalia. Presiden Aden Abdullah Osman Daar dilantik sebagai presiden yang pertama.

1967
Abdi Rashid Ali Shermake dipilih menjadi presiden kedua.

15 Oktober 1979
Shermake dibunuh oleh salah seorang pengawal peribadinya.

21 Oktober 1969
Mejar Jeneral Muhammad Siad Barre merampas kuasa. Tentera menggantung perlembagaan, mengharamkan 86 parti politik dan berjanji melenyapkan korupsi.


20 Oktober 1970
Said Barre mengumumkan Somalia menjadi negara sosialis.

1974
Somalia menyertai Liga Arab.

Julai 1977
Somalia mengisytiharkan perang terhadap Habsyah dan menyerang Ogaden. Peperangan ini diingati sebagai "perang dingin yang berapi-api."

3 November 1977
Somalia mengusir 6,000 orang rakyat Rusia, Cuba dan sekutu Kesatuan Soviet yang lain.

Mac 1978
Somalia mengundurkan tentera dari Ogaden selepas Kesatuan Soviet dan Cuba campur tangan di sebelah Habsyah.

8 April 1978
Cubaan menggulingkan presiden Said Barre gagal menyebabkan presiden itu menguatkan lagi cengkaman ke atas pentadbiran negara dan mengagihkan kuasa di kalangan saudara-maranya.

Mei 1988
Pergerakan Kebangsaan Somali (SNM) menentang Said Barre di utara negara itu disebabkan undang-undang yang menindas. Di sinilah bermulanya penyuburan penentangan secara bersenjata di Somalia.

Mei 1990
Manifesto diterbitkan di Mogadishu untuk mengumpul semua puak dan suku kaum yang bertelagah bagi mengadakan kenvensyen perdamaian mengalak peperangan. Ia dipersetujui oleh 144 orang ketua puak dan pemimpin berpengaruh termasuk ahli politik, ketua-ketua agama, profesional dan ahli perniagaan.

Disember 1990
Pertempuran sengit meletus di Mogadishu.

27 Januari 1991
Siad Barre meninggalkan Mogadishu dan kumpulan Hawiye, Kongres Kesatuan Somali (USC) menawan bandar tersebut.

28 Januari 1991
USC melantik Ali Mahdi Muhammad sebagai presiden baru, bagaimanapun sayap tentera USC yang diketuai oleh Jeneral Muhamad Farah Aidid menentang perlantikan berkenaan.

Jun 1991
Pertempuran meletus di wilayah timur laut di antara Al-Ittihad Islamic dan kumpulan militia yang setia kepada Somali Salvation Democratic Front (SSDF) yang diketuai oleh Kolonel Abdullah Yusuf Ahmad.

Julai 1991
Konferens dirancang di Djibouti di mana Ali Mahdi dipilih sebagai presiden sementara.

April 1992
PBB melancarkan operasi di Somalia.

Disember 1992
Pasukan Unified Task Force (UNITAF) diketuai Amerika Syarikat mendarat di Mogadishu.


1993
Pasukan marin Amerika Syarikat terbunuh apabila dua helikopter ditembak jatuh oleh militia Somalia.

Oktober 1993
Tentera Amerika Syarikat yang sedang memburu pembantu senior Aidid diserang menyebabkan 18 orang askarnya terbunuh.

1994
"Operasi Mengembalikan Harapan" berakhir secara rasmi.

1995
PBB mengundurkan diri selepas gagal mencapai misi keamanan.

1996
Jeneral Muhamad Aidid mati kerana kecederaan dan digantikan oleh anaknya, Hussein.

Ogos 2000
Pemimpin-pemimpin puak berjumpa di Djibouti untuk memilih Abdi Kassim Salad Hassan sebagai presiden.

Oktober 2000
Hassan dan perdana menteri, Ali Khalif Gelayadh tiba di Mogadishu dan menerima sambutan hangat. Kerajaan yang pertama menjadi realiti sejak 1991.

Ogos 2004
Parlimen sementara dirasmikan di Kenya sebagai satu usaha untuk mengembalikan kerajaan pusat bagi kali ke-14. Parlimen ini melantik Abdullahi Yusuf sebagai presiden.

Julai 2006
Kesatuan Mahkamah Islam (UIC) mengambil alih pentadbiran Somalia.

Disember 2006
Tentera kerajaan Somalia dan Habsyah menawan Mogadishu.

September 2007
Pergerakan Islam membentuk kesatuan baru untuk menentang tentera kerajaan dan Habsyah.

Somalia mengalami dua bentuk pentadbiran di bawah penjajahan British dan Itali. Pembentukan Somalia yang kuat sebagai sebuah negara silih berganti dengan rampasan kuasa dan pertempuran puak yang melibatkan pemimpin-pemimpin handal. Jeneral Siad Barre, Ali Mahdi Muhammad, Jeneral Muhamad Farah Aidid dan Abdullahi Yusuf adalah antara contoh-contoh watak yang mendominasi kuasa politik negara itu.

Mentadbir sebuah negara dengan jumlah pengidap HIV/AIDS sebanyak 43,000 orang daripada 10.7 juta rakyat bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi infrastruktur dan kelengkapan kesihatan yang terhad.

Walaupun 85 peratus etnik di Somalia adalah keturunan Somali, peperangan di antara puak masih berlaku kerana pertelagahan pentadbiran kawasan. Sehingga kini Somalia belum dapat membentuk kerajaan yang tetap sebaliknya hanya sebuah kerajaan sementara.

Pentadbiran kerajaan sangat lemah kerana tidak terdapat pengurusan perkhidmatan yang berkesan. Sebahagian besar penduduk (50 peratus) adalah pengembala ternakan. Kegiatan dan pengembangan ekonomi Somalia memerlukan bantuan USD1 bilion setahun.

Pertelingkahan dalaman di antara kerajaan dan UIC menjadikan Somalia tidak aman daripada berperang. Walau bagaimanapun kelompok ahli perniagaan lebih gemar dengan pengaruh UIC yang memperkenalkan undang-undang syariah kerana Mogadishu memerlukan peraturan untuk mempastikan perniagaan mereka berkembang.

Namun, Amerika Syarikat amat bimbang dengan penguasaan UIC kerana pemimpin kumpulan, Sheikh Hassan Dahir Aweys adalah di dalam senarai pengganas negara kuasa dunia itu. Mereka risau Somalia akan ditadbir seperti Taliban jika Somalia jatuh ke tangan kumpulan ini.

Konflik yang berlaku di Somalia bertumpu kepada pertentangan bersenjata antara Al Shabab dengan pemerintahan TFG yang mendapat sokongan Barat. TFG juga dibantu oleh pasukan pengaman PBB yang terdiri daripada tentera Burundi dan Uganda yang membekalkan tentera untuk misi pengaman PBB di Somalia di bawah misi UNOSOM.

Siapakah Al Shabab? Pada 2006, Ethiopia dengan bantuan Amerika Syarikat menyerang Somalia yang diperintah oleh Islamic Courts Union (ICU) yang dikatakan mengamalkan dasar ekstremis Islam. Akibat daripada serangan Ethiopia itu, wujud Al Shabab yang sebelumnya menjadi pasukan bersenjata bagi ICU.

Anggota Al Shabab senang dikenali dengan pakaian tentera dan kopiah merah putih serta bersenjatakan Kalashnikov, berumur antara 19 hingga 25 tahun serta mempunyai seramai 7,000 anggota. Al Shabab menguasai 50 peratus bumi Somalia dan diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika. Kumpulan radikal ini bertujuan menggulingkan regim TFG yang memerintah sekarang dan menentang tentera UNOSOM. Al Shabab dipimpin oleh Ibrahim Jama Meeaad.

Somalia masih jauh daripada keamanan sebenar. Rakyatnya yang sentiasa berhadapan dengan pertempuran sesama pemimpin sudah jelak dengan kesusahan hidup dan mengharapkan adanya penyelesaian yang berkekalan. Fajar keamanan dan kedamaian hanya akan muncul apabila semua puak bertelagah kembali ke meja rundingan dan mencari kata sepakat untuk membangunkan negara sendiri.



Peperangan menjadi masalah utama berlakunya kebuluran  

Monday, October 17, 2011

Somalia dilanda kebuluran yang teruk




      Setelah kita mengenali Negara Somalia, kini kita dekati pula krisis yang berlaku di somalia antaranya ialah kebuluran makanan. Kebuluran yang berlaku disana bukanlah kebuluran yang biasa, tetapi kebuluran yang teruk serta diantara Negara yang paling atas dan juga berada ditahap yang cukup membimbangkan.

       Perang saudara berlarutan punca berjuta-juta rakyat tak cukup makan  SOMALIA kini dilanda kemelut kebuluran teruk yang menyaksikan jutaan rakyatnya terdedah kepada kekurangan makanan dan perubatan. Negara itu mengalami kemarau panjang terburuk sejak 1960 dan sejumlah 3.2 juta orang atau hampir sepertiga rakyat Somalia kini memerlukan bantuan hayat.

       Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memohon bantuan tambahan AS$83 juta untuk menampung operasi kecemasan, terutama di wilayah tengah dan selatan Somalia. Presiden ICRC, Jakob Killenburger berkata, situasi di Somalia akan bertambah buruk sekiranya bantuan segera tidak dihulurkan.

       Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengisytiharkan Somalia dalam kebuluran yang mana 3.7 juta rakyat memerlukan bantuan makanan dan perubatan. PBB juga melaporkan 30,000 kanak-kanak mati akibat kurang makanan dan 600,000 kanak-kanak masih dalam keadaan bahaya. PBB memerlukan AS$2.48 bilion untuk menangani krisis ini.

       Sebenarnya, Somalia ialah sebuah ‘negara gagal’ akibat dilanda konflik dalaman yang berlanjutan. Negara gagal ialah negara yang tidak dapat menjamin keselamatan rakyat dan juga tidak berupaya menyediakan program pembangunan asas ekonomi dan sosial kepada penduduknya.

       Somalia yang merdeka pada 1960 daripada Britain dan Itali sebenarnya tidak mempunyai kerajaan Pusat. Negara itu dilanda perang saudara sejak 1991 apabila Mohamed Said Barre yang berkuasa sejak 1969 digulingkan. Negara berkeluasan 640,000 kilometer (km) persegi atau hampir dua kali ganda keluasan Malaysia itu mempunyai 9.4 juta penduduk. Negara padang pasir itu mempunyai 18 wilayah dan beberapa wilayah mempunyai kuasa autonomi sendiri seperti Puntland dan Somaliland. Pemerintahan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa ialah Kerajaan Persekutuan Transisional (TFG) yang ditubuhkan pada 2004 yang hanya berkuasa di beberapa kawasan Mogadishu dan kawasan tengah Somalia saja.

       Dari segi pentadbiran, TFG ada cabang eksekutif dan perundangan dengan diketuai oleh Presiden Sharif Ahmad dan dibantu oleh Perdana Menteri, Abdiweli Mohamed Ali. Mengikut Bank Pusat Somalia, walaupun dalam pergolakan, Somalia memperoleh ekonomi yang sempurna berasaskan ternakan, telekomunikasi dan penghantaran wang.

       Pada 2009, Somalia mencatat kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 2.6 peratus dan pendapatan perkapitanya AS$600. Kebanyakan aktiviti perdagangan dan pelaburan yang dibiayai oleh rakyat Somalia di luar negara atau diaspora terutama dalam bidang urusan pemindahan wang, telekomuniksi, penerbangan, perhotelan pengangkutan, kesihatan pembinaan dan pendidikan. Rakyat Somalia yang tinggal di luar negara menghantar balik sejumlah AS$1 bilion setahun.

       Bantuan makanan dan perubatan sangat penting masa kini untuk menyelamatkan Somalia, Djibouti, Kenya dan Uganda. Nampaknya dunia bertindak lambat, kurang peka dan masih bermain politik dalam isu ini. Pope Benedict XVI sendiri menyatakan bahawa dunia tidak ada rasa belas kasihan mengenai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan 12 juta umat manusia di negara ‘tanduk’ Afrika. Di samping itu Kesatuan Afrika (AU) sendiri masih belum dapat merangka pelan tindakan berkesan untuk mengatasi krisis ini.




Mereka beratur panjang untuk mengambil makanan 

Sunday, October 16, 2011

Sejarah Somalia




      Menurut sejarah, Somalia adalah negara Islam yang bernaung di  bawah pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah  sebelum dijajah oleh Itali dan Inggeris. Panggilan rasmi mengikut Bahasa Arab 
ialah Jumhuriyyat As-Sumal.

      Somalia yang secara rasmi dinamakan Republik Somalia yang  dulunya dikenali sebagai Republik Demokratik Somalia, merupakan  sebuah negara di Tanduk Afrika (Horn of Africa). Ia bersempadankan Djibouti di barat laut, Kenya di barat daya,  Teluk Aden dengan Yemen ke utara, Lautan Hindi ke timur, dan Ethiopia di barat.

      Bahagian utara Somalia, juga dikenali sebagai British Somaliland  kerana pernah dijajah oleh Inggeris mulai tahun 1886, manakala bahagian selatan, yang dipanggil Italian Somaliland kerana  pernah dijajah oleh Itali pada tahun 1889.

      Berikutan Perang Dunia Kedua, Inggeris merampas seluruh Somalia  pada tahun 1949. Rakyat Somalia bangkit berjuang menentang  penjajah Inggeris dan Itali dalam suatu pertarungan yang panjang  sehingga British Somaliland mencapai merdeka pada tahun 1960 dan  Italian Somaliland merdeka pada tahun 1965.

      Kerajaan Somalia dipimpin oleh Presiden Abdirashid Ali Shermarke  memerintah sehingga berlaku rampasan kuasa pada tahun 1969 yang  diketuai oleh General Siad Barre and Ketua Polis Jama Korshel.  Walaubagaimanapun, keadaan politik yang tidak stabil ini  berterusan sehingga ke hari ini.

      Mogadishu, kota terbesar yang juga ibu negara Somalia, terletak di wilayah Benadir di tepi Lautan India. Sebelum perang saudara pada 1991, Mogadishu yang mempunyai dua juta penduduk digelar White Pearl of the Indian Ocean berasaskan pada bangunan yang serba putih berlatar belakangkan kebiruan Lautan Hindi.

      Selain itu, Mogadishu juga terkenal sebagai tempat kelahiran model ternama, Iman yang menjadi hiasan kulit majalah terkenal Vogue pada 1976. Iman dilahirkan pada 1955 di Mogadishu anak kepada seorang diplomat Somalia berkelulusan Sains Politik dari Universiti Nairobi. Iman menjadi model untuk Gianni Versace, Calvin Klein, Issey Miyake, Donna Karan dan Yves Saint Laurent. Iman Cosmetics yang mengeluarkan bahan kosmetik memperoleh pendapatan AS$25 juta setahun.

     Somalia juga terkenal dengan aktiviti lanun samudera. Mengikut Biro Maritim Antarabangsa (IMB), lanun sudah menahan 42 kapal besar bersama 815 tebusan. Lanun Somalia pernah mengenakan wang tebusan sehingga AS$8 juta sebuah kapal, menggunakan bot laju berkuasa tinggi dan berkeupayaan menahan kapal sejauh 1,800 kilometer dari pantai Afrika. Jumlah kerugian kepada agensi perkapalan dan insurans dunia dianggarkan sebanyak AS$10 bilion setahun.

    Berlakunya peningkatan serangan lanun Somalia di luar lautan  luasnya adalah menjadi satu perkara banyak berkait dengan keadaan politik yang sangat huru-hara yang juga membawa kepada  kemunduran di negara Somalia sendiri.