Saturday, June 23, 2012

Jangan Sekadar Air Mata



Di kala umat manusia mula berbondong-bondong menerima, mencari dan menghayati serta kembali kepada Islam, nun di hujung sana masih ada lagi umat Islam terutama muda-mudi hanyut dan tenggelam dalam gelora nafsu dan syahwat mereka. Leka dengan dunia hiburan, ramai yang ingin menjadi artis, sibuk berbincang dan membicarakan perkara atau isu picisan yang akhirnya menatijahkan perbalahan dan membuang masa.

Monday, June 11, 2012

Tahniah Saudara Muhammad Firdaus & Saudari Siti Munirah




ZAGAZIG, 12 JUN 2012- Kelahiran cahaya mata merupakan detik bersejarah bagi  pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ia merupakan suatu anugerah dari Allah S.W.T. pada setiap hambanya.

Saturday, June 9, 2012

Darah Syria Masih Mengalir



Sabtu, 9 Jun 2012 -- Jawatankuasa Kempen Prihatin Syria (KPS) melihat situasi Syria kebelakangan ini dengan penuh kebimbangan dan kekecewaan. Ini kerana pembunuhan yang berlaku sejak tercetusnya revolusi telah melebihi 15, 000 nyawa, namun dunia terus berdiam diri terutama Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB yang 'bisu'  apatah lagi 'blok penyokong kuat' Syria iaitu Iran dan Hizbullah yang meneruskan sokongan kepada rejim tanpa henti.