Friday, February 26, 2010

Berita PMRAM : Seorang Mahasiswa Kedah Dimasukkan Ke Hospital

Kaherah, 23 Februari - Seorang mahasiswa Kedah yang menuntut di Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, telah dikejarkan ke Hospital Universiti Ain Syams, Ramsis. Urusan kemasukan beliau ke hospital tersebut telah diuruskan oleh pihak Pegawai Kebajikan Anak-anak Kedah dan Unit Kebajikan MKKK memandangkan rawatan yang diterima di Tanta kurang berkesan. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 20 Februari lalu ekoran penyakit yang dihidapinya agak kritikal.
Menurut doktor pakar ketika ditemui, beliau kini menghidapi penyakit yang agak kronik. Maklumat yang terbaru yang diperoleh oleh pihak PMRAM pada 23 Februari, mangsa kini menghidapi penyakit tibi kesan daripada penyakit yang mungkin berjangkit melalui pemakanan serta persekitaran.

Sehingga kini beliau masih ditahan di hospital berkenaan sebelum dibenarkan pulang. Pihak MKKK menjelaskan bahawa, beliau akan dihantar pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut dalam masa beberapa hari lagi.

Justeru, Saudara Zuhaili Saiman yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM mengumumkan bahawa sebarang bantuan kewangan amat diperlukan bagi menampung kos rawatan yang ditanggung. Segala bantuan boleh disalurkan terus kepada Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing atau terus melalui PMRAM dan HEWI PMRAM.
 


sumber : www.pmram.org

Wednesday, February 24, 2010

Takziah kepada Dr Farhuda Zulaikkha & Keluarga.....

Takziah..... semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah

Perhatian , makluman kepada seluruh ahli DPMZ.Ayah kepada mahasiswi Perubatan Tahun 4 Dr Farhuda Zulaikha iaitu En Dol@Abdul Wahid Bin Jantan telah meninggal dunia pada jam 5.30 pagi waktu Malaysia.Sehubungan dengan itu, seluruh mahasiswa (ikhwah) dijemput ke Dewan Darul Wehdah untuk menyertai majlis bacaan Yassin dan Solat Jenazah Ghaib pada selepas Maghrib nanti.DPMZ mengucapkan takziah kepada Dr Farhuda Zulaikha beserta keluarga serta berharap beliau tabah menghadapi ujian dari Allah.

Friday, February 19, 2010

Berita PMRAM : PROSMA Terus Membantu Golongan Miskin Mesir


PROSMA kini meluaskan kegiatannya dengan tidak hanya tertumpu menyalurkan apa jua bantuan ke atas Palestin sahaja. PROSMA kini merupakan satu unit di bawah Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan yang bertanggungjwab penuh di dalam menyalurkan sebarang bantuan ke atas Palestin dan umat Islam yang lain.

Sunday, February 14, 2010

Pengumuman : Notis Penggunaan Cop Kelulusan Rasmi DPMZ Untuk Penggunaan Iklan

 
Perhatian kepada seluruh ahli DPMZ, notis berikut adalah merupakan penggunaan cop kelulusan rasmi DPMZ untuk iklan.Sila rujuk notis yang tertera di atas untuk mengetahuinya.Sebarang permasalahan atau iklan yang memerlukan cop perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada Setiausaha Agung DPMZ, Ustaz Dzulnawawi Munawer.

Saturday, February 13, 2010

Takziah...

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.” (QS. AL Jumu’ah [62] :

Al-fatihah... Seluruh barisan AJKT DPMZ mewakili seluruh ahli DPMZ mengucapkan takziah kepada Saudara Dr Eimanuddin bin Muhammad Syafiei di atas pemergian ayahnda beliau pada pagi sabtu(  waku malaysia 13/2/2010 ) Marilah sama2 kita mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin di dalam syurga Allah s.w.t Insyallah...

Sehubungan dengan itu pihak AJKT telah mengadakan majlis solat jenazah ghaib dan bacaan tahlil di Dewan Dar Wehdah ( Dewan baru DPMZ) yang dihadiri oleh mahasiswa ikhwah Zagazig seramai hampir 100 orang. Ahli DPMZ juga turut menunaikan kewajipan ini khusus kepada arwah datuk kepada Exco UDPI DPMZ Ust Shobri juga moyang kepada Dr Imran ( Mahasiswa Perubatan Tahun 2 )
Kami juga mendoakan semoga Saudara Eimanuddin dapat tabah dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini, semoga Allah s.w.t menganugerahka kejayaan yang besar di dunia dan akhirat atas berkat kesabaran saudara insyaAllah... Aminnn

Berita PMRAM : Tingkat 3 Rumah Kedah Terbakar


Hayyu Sabiek, 9 Februari - Malang tidak berbau menimpa ke atas penghuni bilik Rumah Kedah Hayyu Sabik tingkat 3 apabila sebuah bilik di balkoni dijilat api. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 malam itu disedari oleh penghuni bilik bersebelahan apabila kedengaran bunyi letupan kecil dari tempat kebakaran. Sebanyak 3 buah lori bomba telah datang dalam membantu memadamkan kebakaran tersebut. Kejadian kebakaran tersebut mendapat perhatian daripada pihak PMRAM. Presiden PMRAM dan Badan Pengurus yang lain bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati laporan kebakaran tersebut daripada Exco Unit Kebajikan MKKK, Saudara Syahid.

Dilaporkan penghuni bilik tersebut tiada di tempat kejadian sewaktu kebakaran itu. Dan
bakar_2.jpgkejadian tersebut menyebabkan banyak barangan musnah terutama kitab-kitab agama. Dianggarkan kerugian kitab sebanyak LE 30 ribu. Kerugian bagi membaik pulih bilik tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab, menurut salah seorang Exco MKKK. Menurut siasatan, punca kebakaran masih samar-samar dan dipercayai samada punca puntung rokok yang dilemparkan atau sabotaj.

Bagi mana-mana individu yang mahu menyalurkan sumbangan boleh terus melalui Unit Kebajikan setiap PMRAM cawangan masing-masing atau terus melalui Lajnah Kebajikan PMRAM dan Unit Kebajikan HEWI PMRAM.

bakar_3.jpg

Sunday, February 7, 2010

Gempar : Akhbar Norway Hina Nabi Muhammad SAW !!!

 Dagbladet.... akhbar Eropah terbaru yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW selepas akhbar Denmark, Jylland Posten

OSLO, NORWAY, 6 FEBUARI 2010/22 SAFAR 1431H : Hampir 1,000 pemandu teksi Muslim di Norway meletakkan kereta mereka di bandaraya Oslo pada malam minggu semalam melakukan aksi protes terhadap akhbar Dagbladet yang melaporkan grup Facebook pihak Keselamatan Norway yang menampilkan kartun penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, dalam laman jaringan sosial terkenal tersebut grup Facebook keamanan Norway menampilkan gambar babi yang dinamakan Muhammad.

          Aksi spontan itu diumumkan malam semalam dan para demonstran mendesak para pemandu teksi Muslim untuk berhenti memandu dan mogok antara 2 hingga 4 jam. Dan tepat pada pukul 3 pagi, hampir 1000 pemandu teksi Muslim telah mengikuti seruan untuk "jihad" tersebut.Akhbar Dagbladet Norway telah mengulang cetakan kartun yang menghina Nabi Muhammad di halaman depan akhbar mereka pada hari Rabu lalu sebagai ilustrasi dari cerita bahwa PST (Polis Keselamatan Norway) telah menampilkan kartun yang menghina Nabi Muhammad pada grup mereka di laman Facebook.

         Pemandu teksi Muslim di Oslo memberikan respon terhadap penampilan berulang kartun yang menghina itu di dalam akhbar tersebut "Ini adalah penyalahgunaan kebebasan kritikan dan kita mengambil perhatian terhadap perkara tersebut," kata Munid Rashad, salah seorang pemandu teksi Muslim. "Apa yang kami lakukan bukanlah aksi kekerasan, namun kami akan menunjukkan bahawa kami menentang kebebasan mengkritik barat dan penghinaan nilai Islam kami oleh Norway.