Kaherah, 23 Februari - Seorang mahasiswa Kedah yang menuntut di Kuliah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, telah dikejarkan ke Hospital Universiti Ain Syams, Ramsis. Urusan kemasukan beliau ke hospital tersebut telah diuruskan oleh pihak Pegawai Kebajikan Anak-anak Kedah dan Unit Kebajikan MKKK memandangkan rawatan yang diterima di Tanta kurang berkesan. Beliau dimasukkan ke hospital sejak 20 Februari lalu ekoran penyakit yang dihidapinya agak kritikal. Menurut doktor pakar ketika ditemui, beliau kini menghidapi penyakit yang agak kronik. Maklumat yang terbaru yang diperoleh oleh pihak PMRAM pada 23 Februari, mangsa kini menghidapi penyakit tibi kesan daripada penyakit yang mungkin berjangkit melalui pemakanan serta persekitaran.
Sehingga kini beliau masih ditahan di hospital berkenaan sebelum dibenarkan pulang. Pihak MKKK menjelaskan bahawa, beliau akan dihantar pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut dalam masa beberapa hari lagi.
Justeru, Saudara Zuhaili Saiman yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM mengumumkan bahawa sebarang bantuan kewangan amat diperlukan bagi menampung kos rawatan yang ditanggung. Segala bantuan boleh disalurkan terus kepada Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing atau terus melalui PMRAM dan HEWI PMRAM.
sumber : www.pmram.org
No comments:
Post a Comment