Ceria..... Us Hanif tetap tertawa dalam kesakitan di Rumah Selangor
7 MAC 2010 : Pengerusi DPMZ, Us Muhammad Hanif Jamaluddin yang terlibat dalam kemalangan di Kaherah pada Khamis, 4 Mac yang lalu telah selamat pulang ke Zagazig.AJKT Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) telah membawa beliau pulang dengan menaiki sebuah kereta.Beliau sebelum ini ditahan buat sementara waktu di Rumah Selangor.
Menyusuri peristiwa yang berlaku, beliau meniki motosikal yang dibawa oleh rakan beliau Us Mustafa.Us Mustafa memakai topi keledar sedangkan beliau tidak berbuat demikian.Ketika beliau sedang dalam perjalanan untuk menyokong Skuad Zagazig pada Kejohanan Futsal Piala Presiden di Hayyu Sadis motosikal yang dinaikinya terlanggar lubang lalu menyebabkan beliau terpelanting jauh dan mengalami kecederaan teruk.Tayar motosikal tersebut pecah.
Seorang ahli DPMZ, Us Hazwan Hafiz Abdul Jalil yang kebetulan berada berhampiran terus bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila melihat mangsa adalah rakannya sendiri.Beliau membawa Pengerusi DPMZ ke sebuah hospital di Hayyu Thamin.Beberapa orang anggota Badan Pengurus PMRAM dan AJKT serta ahli DPMZ segera menemui beliau yang menerima beberapa jahitan di kepala serta sedikit kecederaan pada peha.Pegawai Rumah Selangor serta AJKT BKASM turut menemui beliau.Rakannya Us Mustafa tidak mengalami kecederaan serius.DPMZ mendoakan agar beliau sihat sediakala.
Ziarah..... AJKT DPMZ meluangkan masa untuk melawat Us Hanif di Rumah Selangor pada 6 Mac 2010
Semangat..... Us Hanif sedang berucap pada Majlis Perasmian Festival Zagazig 2010
No comments:
Post a Comment