Saturday, February 13, 2010

Berita PMRAM : Tingkat 3 Rumah Kedah Terbakar


Hayyu Sabiek, 9 Februari - Malang tidak berbau menimpa ke atas penghuni bilik Rumah Kedah Hayyu Sabik tingkat 3 apabila sebuah bilik di balkoni dijilat api. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.15 malam itu disedari oleh penghuni bilik bersebelahan apabila kedengaran bunyi letupan kecil dari tempat kebakaran. Sebanyak 3 buah lori bomba telah datang dalam membantu memadamkan kebakaran tersebut. Kejadian kebakaran tersebut mendapat perhatian daripada pihak PMRAM. Presiden PMRAM dan Badan Pengurus yang lain bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati laporan kebakaran tersebut daripada Exco Unit Kebajikan MKKK, Saudara Syahid.

Dilaporkan penghuni bilik tersebut tiada di tempat kejadian sewaktu kebakaran itu. Dan
bakar_2.jpgkejadian tersebut menyebabkan banyak barangan musnah terutama kitab-kitab agama. Dianggarkan kerugian kitab sebanyak LE 30 ribu. Kerugian bagi membaik pulih bilik tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor yang bertanggungjawab, menurut salah seorang Exco MKKK. Menurut siasatan, punca kebakaran masih samar-samar dan dipercayai samada punca puntung rokok yang dilemparkan atau sabotaj.

Bagi mana-mana individu yang mahu menyalurkan sumbangan boleh terus melalui Unit Kebajikan setiap PMRAM cawangan masing-masing atau terus melalui Lajnah Kebajikan PMRAM dan Unit Kebajikan HEWI PMRAM.

bakar_3.jpg

No comments:

Post a Comment