Friday, February 19, 2010

Berita PMRAM : PROSMA Terus Membantu Golongan Miskin Mesir


PROSMA kini meluaskan kegiatannya dengan tidak hanya tertumpu menyalurkan apa jua bantuan ke atas Palestin sahaja. PROSMA kini merupakan satu unit di bawah Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan yang bertanggungjwab penuh di dalam menyalurkan sebarang bantuan ke atas Palestin dan umat Islam yang lain.

Pada 15 Februari, selepas waktu asar, PROSMA menyerahkan barangan bantuan berbentuk pakaian dan kaset-kaset Al-Quran kepada Jam'iah Qabas Min Nur Khairiah untuk disalurkan kepada golongan miskin Mesir. Penyerahan tersebut dilakukan oleh saudara Zuhaili Saiman yang merupakan Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan di Markaz Hewi PMRAM.
Menurut beliau, sebelum ini pihak di atas nama PROSMA juga, pihak PMRAM telah menyalurkan barangan-barangan bantuan yang juga berbentuk pakaian kepada pihak jam'iah tersebut. Justeru, ini merupakan kali kedua di dalam agihan barangan kepada golongan miskin Mesir.

Susulan daripada penyerahan tersebut, saudara Zuhaili menegaskan bahawa kini PROSMA bukan sekadar menumpukan dana sumbangan kepada pihak Palestin sahaja, bahkan juga kepada umat Islam yang lain samada dalam Mesir atau luar, sebagaimana kutipan sumbangan yang telah dibuat sebelum ini bagi meringankan beban mangsa gempa bumi Padang, Indonesia.


sumber : www.pmram.org

No comments:

Post a Comment