Monday, October 17, 2011

Somalia dilanda kebuluran yang teruk




      Setelah kita mengenali Negara Somalia, kini kita dekati pula krisis yang berlaku di somalia antaranya ialah kebuluran makanan. Kebuluran yang berlaku disana bukanlah kebuluran yang biasa, tetapi kebuluran yang teruk serta diantara Negara yang paling atas dan juga berada ditahap yang cukup membimbangkan.

       Perang saudara berlarutan punca berjuta-juta rakyat tak cukup makan  SOMALIA kini dilanda kemelut kebuluran teruk yang menyaksikan jutaan rakyatnya terdedah kepada kekurangan makanan dan perubatan. Negara itu mengalami kemarau panjang terburuk sejak 1960 dan sejumlah 3.2 juta orang atau hampir sepertiga rakyat Somalia kini memerlukan bantuan hayat.

       Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memohon bantuan tambahan AS$83 juta untuk menampung operasi kecemasan, terutama di wilayah tengah dan selatan Somalia. Presiden ICRC, Jakob Killenburger berkata, situasi di Somalia akan bertambah buruk sekiranya bantuan segera tidak dihulurkan.

       Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengisytiharkan Somalia dalam kebuluran yang mana 3.7 juta rakyat memerlukan bantuan makanan dan perubatan. PBB juga melaporkan 30,000 kanak-kanak mati akibat kurang makanan dan 600,000 kanak-kanak masih dalam keadaan bahaya. PBB memerlukan AS$2.48 bilion untuk menangani krisis ini.

       Sebenarnya, Somalia ialah sebuah ‘negara gagal’ akibat dilanda konflik dalaman yang berlanjutan. Negara gagal ialah negara yang tidak dapat menjamin keselamatan rakyat dan juga tidak berupaya menyediakan program pembangunan asas ekonomi dan sosial kepada penduduknya.

       Somalia yang merdeka pada 1960 daripada Britain dan Itali sebenarnya tidak mempunyai kerajaan Pusat. Negara itu dilanda perang saudara sejak 1991 apabila Mohamed Said Barre yang berkuasa sejak 1969 digulingkan. Negara berkeluasan 640,000 kilometer (km) persegi atau hampir dua kali ganda keluasan Malaysia itu mempunyai 9.4 juta penduduk. Negara padang pasir itu mempunyai 18 wilayah dan beberapa wilayah mempunyai kuasa autonomi sendiri seperti Puntland dan Somaliland. Pemerintahan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa ialah Kerajaan Persekutuan Transisional (TFG) yang ditubuhkan pada 2004 yang hanya berkuasa di beberapa kawasan Mogadishu dan kawasan tengah Somalia saja.

       Dari segi pentadbiran, TFG ada cabang eksekutif dan perundangan dengan diketuai oleh Presiden Sharif Ahmad dan dibantu oleh Perdana Menteri, Abdiweli Mohamed Ali. Mengikut Bank Pusat Somalia, walaupun dalam pergolakan, Somalia memperoleh ekonomi yang sempurna berasaskan ternakan, telekomunikasi dan penghantaran wang.

       Pada 2009, Somalia mencatat kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 2.6 peratus dan pendapatan perkapitanya AS$600. Kebanyakan aktiviti perdagangan dan pelaburan yang dibiayai oleh rakyat Somalia di luar negara atau diaspora terutama dalam bidang urusan pemindahan wang, telekomuniksi, penerbangan, perhotelan pengangkutan, kesihatan pembinaan dan pendidikan. Rakyat Somalia yang tinggal di luar negara menghantar balik sejumlah AS$1 bilion setahun.

       Bantuan makanan dan perubatan sangat penting masa kini untuk menyelamatkan Somalia, Djibouti, Kenya dan Uganda. Nampaknya dunia bertindak lambat, kurang peka dan masih bermain politik dalam isu ini. Pope Benedict XVI sendiri menyatakan bahawa dunia tidak ada rasa belas kasihan mengenai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan 12 juta umat manusia di negara ‘tanduk’ Afrika. Di samping itu Kesatuan Afrika (AU) sendiri masih belum dapat merangka pelan tindakan berkesan untuk mengatasi krisis ini.




Mereka beratur panjang untuk mengambil makanan 

No comments:

Post a Comment